Rabu, 22 Jun 2011

PTPTN menghentikan pinjaman kepada pelajar PNGK bawah 2.00. wajar atau tidak?

Kedengaran beberapa hari ini bahawa ptptn menghentikan pinjaman kepada pelajar yang memperolehi pngk bawah 2.00 tetapi yang menjadi persoalan yang timbul adakah wajar tindakan yang diambil oleh pihak ptptn ini. Isu ini timbul atas sebab nak memgunakan wang yang rakyat bayar sebaik mungkin dan ada mengatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pihak ptptn adalah wajar sebagai hukuman kepada pelajar terbabit, perkara ini juga telah disokong oleh menteri pengajian tinggi datuk seri khaled nordin yang mengatakan bahawa tindakan ptptn ini adalah wajar kerana pelajar yang memperolehi pngk bawah 2.00 ini dikatakan sebagai pelajar yang tidak berminat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan hanya menggunakan wang pinjaman untuk berhibur sahaja tanpa memikirkan pelajaran mereka.

Tetapi disini banyak kesan yang akan timbul atas tindakan pihak ptptn ini kerana sedangkan walau digantung hanya 1 semesta pun sudah pelbagai masalah yang timbul kepada pelajar apatah lagi jika ditarik terus pinjaman tersebut sedangkan pelajar terbabit bukannya mahu untuk dapat pngk bawah 2.00 kerana mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk memperolehi keputusan yang terbaik. Ramai yang melihat mereka yang mendapat bawah 2.00 ini sebagai pelajar yang bermasalah dan tidak akan mudah mendapat kerja bila keluar nanti kerana keputusan pngk ketika keluar nanti sukar untuk mencapai 2.75….. tetapi sedarkah semua bahawa pngk hanya berada ditempat ke 17 ketika pengambilan pekerja oleh majikan walaupun memang tidak dapat dinafikan bahawa pngk yang tinggi itu adalah penting. Tetapi jika ptptn mereka bawah 2.00 ini ditarik balik maka lagi sukar untuk mereka menumpukan diri mereka kepada pelajaran yang harus mereka hadapi kerana terpaksa memikirkan cara untuk bayar yuran dan adakah kita mahu mereka yang memperolehi bawah 2.00 ini terus berhenti belajar… sewajarnya kita bagi mereka peluang untuk memperbaiki keputusan mereka bukannya lagi menyusahkan mereka.. kebanyakan yang berkata bahawa ptptn wajar ditarik balik adalah dari mereka yang tidak pernah merasai kesusahan yang telah dihadapi pelajar yang mendapat pngk bawah 2.00 jadi janganlah memandai kata bahawa mereka ini tidak berusaha untuk belajar mungkin Cuma nasib tidak menyebelahi mereka memang tidak dapat dinafikan bahawa memang terdapat segelintir pelajar yang mendapat bawah 2.00 ini berperangai seperti mana yang disangka tapi takkan lah kerana seorang dua kita nak menghukum yang lain yang tidak seperti yang disangka.

Nilai pinjaman ptptn yang diberi juga sebenarnya tidak mengcukupi untuk menampung keperluan pelajar ketika belajar di university hingga ada yang masih perlu meminta wang daripada ibu bapa atau terpaksa membuat kerja sambilan jika jumlah pinjaman yang diberi masih tidak mengcukupi apatah lagi jika pinjaman ditarik balik ini juga lagi menyusahkan kehidupan pelajar bukannya memberi pengajaran tetapi pada pendapat saya lagi membantutkan niat untuk belajar pelajar terbabit hingga tamat pengajian kerana ptptn mereka telah ditarik balik oleh pihak ptptn atas sebab pngk mereka bawah 2.00 dan bagi mengelakkan ketirisan wang pinjaman yang diberi kepada pelajar2.

Diakhir kata bagi pendapat saya pinjaman ptptn tidak wajar ditarik balik jika pngk yang diperolehi pelajar adalah dibawah 2.00 sebaliknya peluang harus diberi kepada mereka untuk memperbaiki keputusan mereka kembali dan tindakan gantung adalah yang paling wajar dilakukan tetapi tindakannya tersebut harus dikaji balik seperti yuran masih dibayar tetapi yang selebihnya tidak akan diberi kepada pelajar sebagai hukuman kepada pelajar dan ini dapat mengurangkan beban pelajar terutama dari keluarga yang susah. Diharapkan tindakan yang diambil pihak ptptn wajar dikaji balik. Sekian.

Tiada ulasan:

Powered By Blogger