Rabu, 22 Jun 2011

PTPTN menghentikan pinjaman kepada pelajar PNGK bawah 2.00. wajar atau tidak?

Kedengaran beberapa hari ini bahawa ptptn menghentikan pinjaman kepada pelajar yang memperolehi pngk bawah 2.00 tetapi yang menjadi persoalan yang timbul adakah wajar tindakan yang diambil oleh pihak ptptn ini. Isu ini timbul atas sebab nak memgunakan wang yang rakyat bayar sebaik mungkin dan ada mengatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pihak ptptn adalah wajar sebagai hukuman kepada pelajar terbabit, perkara ini juga telah disokong oleh menteri pengajian tinggi datuk seri khaled nordin yang mengatakan bahawa tindakan ptptn ini adalah wajar kerana pelajar yang memperolehi pngk bawah 2.00 ini dikatakan sebagai pelajar yang tidak berminat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan hanya menggunakan wang pinjaman untuk berhibur sahaja tanpa memikirkan pelajaran mereka.

Tetapi disini banyak kesan yang akan timbul atas tindakan pihak ptptn ini kerana sedangkan walau digantung hanya 1 semesta pun sudah pelbagai masalah yang timbul kepada pelajar apatah lagi jika ditarik terus pinjaman tersebut sedangkan pelajar terbabit bukannya mahu untuk dapat pngk bawah 2.00 kerana mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk memperolehi keputusan yang terbaik. Ramai yang melihat mereka yang mendapat bawah 2.00 ini sebagai pelajar yang bermasalah dan tidak akan mudah mendapat kerja bila keluar nanti kerana keputusan pngk ketika keluar nanti sukar untuk mencapai 2.75….. tetapi sedarkah semua bahawa pngk hanya berada ditempat ke 17 ketika pengambilan pekerja oleh majikan walaupun memang tidak dapat dinafikan bahawa pngk yang tinggi itu adalah penting. Tetapi jika ptptn mereka bawah 2.00 ini ditarik balik maka lagi sukar untuk mereka menumpukan diri mereka kepada pelajaran yang harus mereka hadapi kerana terpaksa memikirkan cara untuk bayar yuran dan adakah kita mahu mereka yang memperolehi bawah 2.00 ini terus berhenti belajar… sewajarnya kita bagi mereka peluang untuk memperbaiki keputusan mereka bukannya lagi menyusahkan mereka.. kebanyakan yang berkata bahawa ptptn wajar ditarik balik adalah dari mereka yang tidak pernah merasai kesusahan yang telah dihadapi pelajar yang mendapat pngk bawah 2.00 jadi janganlah memandai kata bahawa mereka ini tidak berusaha untuk belajar mungkin Cuma nasib tidak menyebelahi mereka memang tidak dapat dinafikan bahawa memang terdapat segelintir pelajar yang mendapat bawah 2.00 ini berperangai seperti mana yang disangka tapi takkan lah kerana seorang dua kita nak menghukum yang lain yang tidak seperti yang disangka.

Nilai pinjaman ptptn yang diberi juga sebenarnya tidak mengcukupi untuk menampung keperluan pelajar ketika belajar di university hingga ada yang masih perlu meminta wang daripada ibu bapa atau terpaksa membuat kerja sambilan jika jumlah pinjaman yang diberi masih tidak mengcukupi apatah lagi jika pinjaman ditarik balik ini juga lagi menyusahkan kehidupan pelajar bukannya memberi pengajaran tetapi pada pendapat saya lagi membantutkan niat untuk belajar pelajar terbabit hingga tamat pengajian kerana ptptn mereka telah ditarik balik oleh pihak ptptn atas sebab pngk mereka bawah 2.00 dan bagi mengelakkan ketirisan wang pinjaman yang diberi kepada pelajar2.

Diakhir kata bagi pendapat saya pinjaman ptptn tidak wajar ditarik balik jika pngk yang diperolehi pelajar adalah dibawah 2.00 sebaliknya peluang harus diberi kepada mereka untuk memperbaiki keputusan mereka kembali dan tindakan gantung adalah yang paling wajar dilakukan tetapi tindakannya tersebut harus dikaji balik seperti yuran masih dibayar tetapi yang selebihnya tidak akan diberi kepada pelajar sebagai hukuman kepada pelajar dan ini dapat mengurangkan beban pelajar terutama dari keluarga yang susah. Diharapkan tindakan yang diambil pihak ptptn wajar dikaji balik. Sekian.

Selasa, 7 Jun 2011

Ermmmmmmm………

Ermmmmmmmmm……. Kenapa ya kita susah nak lupakan orang yang pernah kita sayang………aku kadang2 rasa sangat bersalah pada orang yang aku sayang ketika ini sebab pada masa yang sama aku x boleh nak lupakan orang yang pernah aku sayang….. dan perbagai cara aku cuba nak lupakan tetapi hati masih kuat nak amek tahu pasal dirinya walau aku tau dia dah ada yang lain…..
masa kenal dia dulu pun aku tahu dia dah ada tetapi perasaan tue mmg aku xley nak elakkan….tetapi lepas tu aku x contact dh dengan dia just chatting beberapa kali jer…. Dan xlama kemudian aku dengar dia dah putus dengan ex lama dia…..
Dan sekrang nie aku masih follow perkembangan dirinya Cuma dalam diam jer dan aku tahu dia dengan siapa sekarang bukan aku xkenal orangnya tetapi aku buat2 x tau jer padahal aku tahu….. dan aku selalu gak chatting ngan dia Cuma aku chatting biase2 jer dan buat2 x tahu aper berlaku… just tanya2 biase jer dan bagi dia semangat supaya lebih tumpu pada pelajaran x yah nak pikir lain2 dulu sebab aku lihat dia cam ada bnyk masalah dengan yang baru ni… selalu juga aku tengok blog dia nak tahu perkembangan nya dan apa yang dia luahkan walau pun aku x dpt nak tahu semua tapi bagi aku cukup lah aku tahu sebahagian dari dirinya mungkin dia bukan milikku tetapi aku berharap bahawa dia akan berbahagia dengan sesiapa yang bakal milikinya dan berharap orang yang memiliki hatinya akan membahagiakan dirinya aku x mahu lihat dia bersedih…. Kalau boleh setiap kali dia ada masalah aku nak berada disisinya…….ermmmmmmm ntah lar kenapa lah denagn diriku ini…..

semoga dirinya berbahagia…….dan tidak dipermainkan oleh sesiapa......

Perjalanan hidup


Dalam dunia ni ada pelbagai jenis manusia ada perbagai ragam dan gaya….. tapi aku cukup tak suka dengan perangai manusia yang suka menentukan hala tuju hidup orang lain….. mulanya aku tak kisah dah dengan orang yang begini sebab kadang2 aku rasa aku pun speprti golongan yang sebegini tetapi bila aku dengar ada sorang adik angkat aku yang kena begini aku rasa bengang lar pula… bukan apa dia yang ingin belajar tetapi orang lain yang tentukan apa yang perlu dia ikuti….

dulu masa aku belajar pak cik aku selalu suruh aku ambil diploma kerana masuak f6 nie bukan ada apa2… dia sering suruh aku amek diploma sebab masuk u lar apa lah,,,,,, tapi mujur lah aku tetap dengan pendirian aku nak masuk f6 dan akhirnya sekrang aku dah pun graduate sebagai seorang pelajar ijazah……dan masa itu pun mak dan ayah aku tak kisah apa aku nak amek asalkan aku nak blaja….. dalam bab belajar nie family aku tak pernah nak masuk campur sangat asal apa yang aku lakukan itu tak salah dan aku yang laluinya…..so pada aku tidak perlu nak tentukan apa yang orang itu perlu lakukan sebaliknya berilah kebebasan padanya untuk memilih kerana kita tidak apa terbaek untuk orang lain selain dari dirinya sendiri….yang boleh kita lakukan hanya beri nasihat dan pandangan tetapi segala keputusan terpulang kepada empunya diri untuk memilih apa yang terbaek untuk drinya bukan orang lain yang pilihkan,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Sabtu, 4 Jun 2011

~~~~~ himpunan sejuta belia~~~

lama pula tak menulis dalam blog ni....
kali ni rasa nak update pasal perhimpunan sejuta belia dekat putrajaya yang berlangsung pada 27-29 mei 2011
walaupun dah lambat sebab bukan apa malas nak menaip dan lagi pun tengah tiada idea sebnarnya. dengan connection internet yang kurang so jadi bertambah malas nak menaip hehehe
ok semua mesti tahu kan pasal perhimpunan sejuta belia yang diadakan sempena hari belia negara baru2 ni
banyak aktiviti yang berlaku tapi serius pertama kali aku smpai memang kagum ler lagi pun jarang datang putrajaya lagi2 kawasan pejabat kerajaan kan memang luas lar kawasan karnival tu macam2 ada.
tapi aku lebih tertarik pada pameran pertahanan negra dan juga job affair yer la kan aku tengah mencari kerja so memang job affair jadi tumpuan aku la...
tapi walau pun aku pergi job affair kat sana aku just apply cuma 1 jer peluang kerja yang ada sebab banyak yang aku lihat tidak bersesuain dengan diri aku bukan maksud dari segi kelayakan tapi dari segi apa yang aku mahu. aku bukan jenis nak memilih kerja sangat. so sbenarnya ada 2 lagi yang aku nak apply tapi disebabkan resume aku tidak ada maka aku tak sempat nak apply dah terlepas peluang tapi apa boleh buat semuanay pasti ada hikmah disebaliknya
berbalik pada pameran yang ada masa perhimpunan aku memang tertarik dengan apa yang ada pada pertahanan negara.. ada juga bertanya pada abg2 askar yang jaga kenderaan disitu yang dipamerkan pada perhimpunan ini cuma separuh sahaja dari sistem pertahanan negara sebenarnya ada lagi yang tak boelh nak dipamerkan kalau dipamerkan pasti x cukup tempat nak letak....tapi apa pun yang aku x sangka ada ialah tempat mandi askar yang bergerak dan juga mesin basuh pakaian... memang terasa kagum dengan apa yang ada...
walaupun hanya sebahagian sahaja yang dipamerkan tetapi dah menunjukkan tahap keupayaan pertahanan malaysia... kalau nak diikutkan perbelanjaan untuk pertahan seharusnya lebih besar denagn ada nya ancaman dari keliling yang sentiasa cemburu dengan kejyaan malaysia........
 ini sebahagiandari pic yang aku captue masa tiem perhimpunan itu :)


                                                         nie pandangan putrajaya dari picc


                                         ular tedung tue.........tapi dah buang bisa kot hehehe:)



                   budakk2 PLKN pun turut menari.... berbilang bangsa lagi sapa kata x boleh bersatu....

          penangan super junior snggup berhimpit walau pun cuma suju jer ..... aku x minat pun super junior

                                            sasuke malaysia... nantikan kemunculan di kaca TV

                                  nie  semua dak2 yang join sekali....promosi NRIC dan ecodesa

                                              nie lah tempat mandi tentera dan aper ntah lagi :)

                                                                        laundry machine

                                    dalam hopital bergerak tentera... kira cam dewan bedah ler nie


                                                         itu jer ler untuk kali ini heheheh......
Powered By Blogger